fbpx
Hiburan

Bukan tutup IG, tapi tersilap tekan – Scha Alyahya

SEJAK semalam, ramai yang tertanya mengapa pelakon, Scha Alyahya secara tiba-tiba hilang dari laman sosial Instagram.

Malah, ramai yang mula menyatakan rasa risau apatah lagi dengan keadaan isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini yang sedang mengandung sekarang.

Peminat juga mengaitkan kehilangan akaun Instagram Scha itu ada kaitan dengan status pada hari sama yang memberitahu dia seperti sudah rasa muak dengan orang yang tidak profesional.

Akaun Instagram milik Awal dan anak mereka, Lara Alanaa juga penuh dengn persoalan daripada peminat mengenai tindakan Scha itu.

Namun, hari ini akaun Scha sudah kembali dan pelakon filem Awan Dania The Movie itu sempat memberitahu apa sebenarnya yang berlaku.


“Saya minta maaf sebab sebenarnya saya melakukan kesilaan teknikal ketika ingin menyatukan Instagram peribadi dengan media sosial yang lain.

“Panjang ceritanya tetapi saya ingin nak ucapkan terima kasih kepada semua yang risaukan saya.

“Alhamdulillah, saya ok, bayi pun ok. Seronok sebenarnya tiada Instagram tetapi dah kerja kan, jadi memang kena ada akaun Instagram,” katanya.

Sementara itu, Awal sempat mencelah dan memberitahu dia yang sebenarnya tidak berapa suka dengan apa yang berlaku.

“Saya yang tak ok sebab semua orang sibuk bertanya apa yang jadi dekat Scha,” katanya tertawa. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button