Sukan

Bukan Tua Sebarang Tua, Sebaliknya Mengenali Debaran Olimpik Lebih Awal Dari 1984 Lagi!

Seorang lelaki tua yang bertugas sebagai pacer pada temasya yang baharu melabuhkan tirainya semalam menjadi perhatian ramai apabila muncul dengan ‘kegagahan’ yang tersendiri.

Bagi yang tidak mengetahui, pacer yang bertugas pada temasya kali ini sebenarnya bukan calang-calang orang kerana beliau adalah seorang lagenda yang masih hidup iaitu Tsutomu Sakamoto.

Mengikut sejarah sukan antarabangsa, Tsutomu Sakamoto pernah meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu pada temasya Olimpik Los Angeles 1984.

Beliau yang menyambut hari jadi ke-59 pada 3 Ogos lalu diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ bagi acara keirin dengan mengayuh e-bike Panasonic dicipta khusus untuk temasya kali ini.

Pacer akan memulakan perlumbaan dengan berada di depan enam pelumba keirin menerusi kayuhan sekitar 35 kilometer sejam bagi dua pusingan pertama.

Seterusnya pacer akan keluar semula bagi membolehkan pelumba memecut bagi empat pusingan terakhir namun permainan semalam tidaklah sengit sebaliknya cuma menimbul rasa marah.

Namun apa-apa pun, pujian tetap harus diberikan kepada pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang berjaya mendapatkan pingat perak.

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button