AgamaNasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda berkenan ke Majlis Iftar Kerajaan Negeri

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan isteri serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bergambar bersama barisan pimpinan negeri dan isteri.

Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, solat Isyaq dan solat Terawih secara berjamaah dengan hadirin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen menunaikan solat jemaah pada Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, petang semalam.

Turut diadakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – SM

BACA Bantuan iftar ukir senyuman di wajah kanak-kanak

BACA Puteri Sharifah Khatreena berangkat menyempurnakan program “Iftar Soimin MAIPs”

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button