Agama

Bukan soal hari apa, tapi kebersamaan – Mufti Perlis

Mufti Perlis berkata, bukan soal hari apa sambutan Aidiftri, tetapi soal kebersamaan umat Islam seluruh dunia.

Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, jika sebelum ini semua bimbang negara di rantau ini bakal menyambut Aidilfitri pada tarikh berbeza, tetapi Allah telah menyelesaikan dengan kebesarannya.

Selepas ini dalam mesyuarat dan perbincangan perlu diangkat hal ini supaya kita sepakat soal tarikh sambutan hari raya puasa, katanya ketika menyampaikan khutbah raya yang diadakan di perkarangan Istana Arau pagi ini.

Solat Aidilfitri dihadiri Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Solat sunat itu diadakan di kawasan lapang Istana Arau.

Menurut Asri, bagaimana negara lain mahu menghormati negara Islam, jika soal tarikh hari raya sekalipun tidak dapat disepakati.

Dalam pada Asri turut kesal dengan penganut agama Islam sendiri yang menyebar serta menonton bahan yang menyebarkan LGBT semasa Ramadan yang lalu.

Betapa kita tidak sensitif soal ini sehingga mencemarkan Islam bulan suci Ramadan.

Beliau turut membangkitkan soal umat Islam di India dan Palestin yang terus ditindas.

Justerus beliau menyarankan supaya semua pihak bersyukur kerana syiar Islam terus ditegakkan di negara ini dan pada masa yang sama penganut agama lain diberi layanan yang baik.

 

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button