Hiburan

Netizen Thailand marah sebar gambar mayat Tangmo

KISAH mendiang aktres yang juga model dari Thailand, Tangmo yang mati lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki di Sungai Chai Praya, beberapa hari lepas, masih lagi menjadi perbualan dalam media maya.

Tragedi yang berlaku ke atas aktres cantik itu masih diperkatakan dan dipersoalkan khusunya Kratik, pembantu peribadi Tangmo.

Kratik dikatakan mencintai Tango dalam diam selama sembilan tahun dan kematian aktres itu menjurus ke arah Kratik yang kini berhadapan dengan kecaman khalayak.

Moral atas kematian Tango dilihat lebih berat kepada isu siapakah yang kita boleh percaya kerana orang yang dipercayai itu, adakalanya menikam atau membunuh kita.

Itulah yang menjadi perbualan di media sosial dewasa kini dan kisah Tangmo hari ini, terus trending di Twitter termasuk di Malaysia.

Stesyen-stesyen televisyen di Thailand menyiarkan secara langsung, kes kematian Tangmo.

Mereka yang ditemuramah oleh pihak stesyen televisyen, dikatakan telah dihujani dengan soalan pedas dan ia memuaskan hati penonton.

Ibu Tangmo yang semestinya dalam keadaan dukacita di atas kematian anaknya itu, memberitahu bahawa tiada apa yang mampu beliau lakukan kecuali menguruskan pengkebumian Tangmo.

Dalam tangis dan esakannya, ibu Tangmo juga tidak terkecuali daripada menerima kecaman netizen di Thailand yang dikaitkan dengan insurans bernilai jutaan Bath.

Sementara itu, mereka yang mengakui melihat keadaan jenazah Tangmo, tidak disenangi oleh netizen.

Pelbagai spekulasi tentang mayat Tangmo tanpa ada pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ada yang mengatakan terdapat kesan jerut pada mayat Tangmo namun apapun, biarlah bersikap hormat pada mendiang Tangmo.

Tidak perlu menyebarkan pautan yang memaparkan keadaan mayat Tangmo. – SM

(Visited 4,880 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button