Politik

Bukan mahukan jawatan tapi akses kepada menteri – Steven Choong

AGAK menarik kenyataan calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini, Steven Choong.

Beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berkata, tidak meminta jawatan Cuma mahukan akses kepada menteri.

“Itu saja yang saya minta. Saya tidak minta jawatan. Saya cuma mahukan akses kepada menteri dan kaedah untuk membantu golongan usahawan kecil dan sedernaha atau PKS,” katanya yang pernah mengganggotai PRK.

Steven berkata kepada FMT, akses kepada menteri amat penting baginya dalam berkhidmat untuk rakyat namun beliau kecewa dan sedih kerana tidak dapat membantu rakyat Tebrau susulan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Steven juga bingung dan tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada para pengundi kenapa beliau tidak dapat membantu mereka.

Selepas menyokong kerajaan Muhyiddin pada Februari tahun lalu, Steven mendakwa Presiden Bersatu itu telah menjanjikan jawatan rasmi yang akan memberikan platform kepadanya untuk membina semula ekonomi dan mengatakan beliau akan meminta semua kementerian membincangkan isu secara bersama.

“Saya tidak mahu jadi menteri, saya juga tidak mahu jadi timbalan menteri. Saya juga tidak mahu menguruskan GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Saya hanya mahu menyelesaikan masalah (akibat Covid-19),” katanya.

Steven menghadapi perlawanan enam penjuru di Puteri Wangsa bersama calon Barisan Nasional Ng Yew Aik, Loh Kah Yong (PN), Amira Aisya Abd Aziz (MUDA), Khairul Anwar Razali (Pejuang) dan calon bebas, Adzrin Adam.

Menurutnya isu utama yang perlu diselesaikan di Puteri Wangsa adalah kekurangan perumahan mampu milik bagi kumpulan B40, selain pencemaran sungai seperti yang berlaku di Sungai Tebrau.

“Jika saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (di Puteri Wangsa), saya akan memiliki kapasiti untuk mendekati kerajaan negeri bagi memberi penyelesaian bagi isu berkenaan,” katanya. – SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button