Nasional

Bukan lockdown, PKP 3.0 sedang berjalan diperketatkan bermula 25 Mei

TALKING POINT MENTERI KANAN PERTAHANAN
MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
22 MEI 2021
Saya faham ramai yang bimbang dan mencadangkan supaya dilaksanakan total lockdown kerana kes semakin meningkat. Namun ramai yang khuatir sekiranya total lockdown dilaksanakan, mereka yang bergantung kepada pendapatan harian seperti peniaga-peniaga kecil akan terkesan kerana punca pendapatan mereka akan tertutup sama sekali.
Memahami seriusnya isu ini, kerajaan telah mewujudkan Pasukan Khas (Taks Force) yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneliti perkara yang melibatkan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan menambah sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di dalam negara akan menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Trend peningkatan kes harian di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia, yang memaksa kerajaan mengetatkan lagi sekatan-sekatan pergerakan ke atas rakyat mereka dengan tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan memberi ruang kepada sistem kesihatan untuk memberikan rawatan yang lebih berkesan.
Mengambil kira situasi terkini, pihak berkuasa akan meningkatkan penguatkuasaan serta akan menambah jumlah Sekatan Jalan Raya (SJR). Oleh itu, rakyat diminta kekal duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
Strategi mengurangkan pergerakan
Bagi memastikan pergerakan dapat dikurangkan, 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah yang melibatkan seramai hampir 750,000.
Maklumat lanjut akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam masa terdekat.
Selain itu, sektor swasta juga akan mengurangkan jumlah pekerja yang hadir pada satu-satu masa kepada hanya 60%. Manakala 40% lagi akan bekerja dari rumah dan ini melibatkan seramai hampir 6.1 juta pekerja di sektor ini.
Pengangkutan awam laut dan darat juga akan dihadkan kepada 50% kapasiti penumpang sahaja. Manakala kekerapan bagi sektor ini juga akan dikurangkan.
Waktu operasi perniagaan juga akan dihadkan bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja. Manakala perkhidmatan park and dine adalah tidak dibenarkan.
Sekatan-sekatan ini merupakan penambahan kepada SOP yang telah berkuatkuasa pada 12 Mei 2021 dan SOP lanjut boleh diakses di laman sesawang kementerian yang berkaitan dan MKN. Semua sekatan tambahan ini akan berkuat kuasa bermula 25 Mei 2021 bagi seluruh Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada masa sama, pelaksanaan PKP 3.0 turut dikuatkuasakan di WP Labuan.

Kerajaan juga:
 Meletakkan tanggungjawab kepada pihak swasta untuk memastikan penularan tidak merebak dengan mewajibkan semakan status MySejahtera ke atas semua pekerja/pengunjung sebelum memasuki premis.
Mewajibkan had jumlah pengunjung ke premis seperti pasaraya/kedai
 Pemeriksaan premis kerajaan dan swasta secara agresif oleh pihak agensi penguatkuasa
 Pemeriksaan secara bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan. Semua agensi penguatkuasa yang mempunyai kuasa kompaun perlu melaksanakan pemantauan pematuhan SOP di tempat-tempat awam atau tempat yang berkaitan dengan tugas mereka.
 Mempertingkatkan pengoperasian ops pada hari bercuti/hujung minggu oleh agensi bukan keselamatan tidak tertumpu pada hari bekerja sahaja.
 SOP lebih lanjut bagi semua sektor ekonomi akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).
Kerajaan juga akan menggunakan HIDE bagi mengenal pasti kawasan- kawasan yang berisiko tinggi seperti pusat membeli belah dan kawasan perkilangan.
Setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko dan libat urus, kawasan yang didapati masih berisiko tinggi akan ditutup serta merta.

Kawalan Pergerakan
SOP berkuatkuasa pada 12 Mei 2021
Sekatan tambahan berkuatkuasa pada 25 Mei sehingga 7 Jun 2021
Sektor ekonomi
Operasi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: 6.00 pagi – 10.00 malam
Penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran: 6.00 pagi – 10.00 malam
Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian: 6.00 pagi – 10.00 mlm
Pasar malam – 4.00 petang 10.00 malam
Kedai makanan haiwan:
6.00 pagi – 10.00 malam
Stesen minyak – 6.00 pagi – 10.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun: 6.00 pagi – 10.00 malam
Kedai farmasi: 6.00 pagi – 10.00 malam
Operasi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: 8.00 pagi – 8.00 malam
Penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian: 8.00 pagi – 8.00 malam
Pasar malam – 4.00 petang – 8.00 malam
Kedai makanan haiwan:
8.00 pagi – 8.00 malam
Stesen minyak – 8.00 pagi – 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun: 8.00 pagi – 8.00 malam
Kedai farmasi: 8.00 pagi – 10.00 malam

Perkhidmatan Awam dan Swasta:
Kehadiran pekerja perkhidmatan awam berdasarkan Pekeliling atau Arahan JPA
Sektor swasta berdasarkan kepada 30% bagi Kumpulan Pengurusan dan jumlah pekerja operasi atau sokongan ditetapkan oleh majikan.
Sektor Awam:
80% – work from home yang melibatkan hampir 750,000.
KECUALI kakitangan di sektor perkhidmatan perlu dan perkhidmatan di barisan hadapan.
Sektor Swasta:
40% – work from home yang melibatkan hampir 6.1 juta pekerja
60% kapasiti kehadiran pekerja termasuk operasi dan pengurusan.
Kapasiti Pengangkutan Awam (MRT, Komuter, Bas Awam, LRT)
Dibenarkan beroperasi berdasarkan kapasiti kenderaan
Dibenarkan berdasarkan
50% kapasiti kenderaan


PKPD Kampung Melikai, Kuala Penyu, Sabah
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa mengenai peningkatan kes COVID-19 di Kampung Melikai, Kuala Penyu, Sabah.
 Sehingga kini, seramai 15 penduduk di lokaliti tersebut disahkan positif COVID-19 hasil daripada 78 ujian saringan dijalankan KKM manakala terdapat 63 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan.
 KKM juga mendapati, berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa yang singkat dengan kadar positiviti ialah 19.23%.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Melikai, Kuala Penyu, Sabah, berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.
 Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
PKPD Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill, Kalabakan, Sabah
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa mengenai peningkatan kes COVID-19 di Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill, Kalabakan, Sabah.
 Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 238 ujian saringan dan 42 daripadanya disahkan positif COVID-19.
 KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti tersebut.

 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill, Kalabakan, Sabah berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.
 Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
PKPD di taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh, Pahang
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa peningkatan kes COVID-19 di beberapa di taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh, Pahang.
 Peningkatan kes melibatkan lokaliti seperti:
 Taman Gau Indah
 Taman Gau Makmur  Taman Gau Aman
 Taman Gau Idaman  Kampung Gau Baru
 Sehingga 21 Mei 2021, KKM telah melaksanakan 432 ujian saringan di semua lokaliti tersebut dan 16 daripadanya disahkan positif COVID-19.
 KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti tersebut.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh, Pahang seperti yang dinyatakan berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.

 Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
PKPD di Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, Sarawak
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa mengenai peningkatan kes COVID-19 di Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, Sarawak.
 Sehingga kini, seramai 79 penduduk di lokaliti tersebut disahkan positif COVID-19 hasil daripada 110 ujian saringan dijalankan oleh KKM.
 KKM juga mendapati, berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa seminggu dengan kadar positiviti ialah 71.8%.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah- Selangau, Mukah, Sarawak berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.
 Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
Penamatan PKPD Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang
 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang yang dijadualkan tamat pada 25 Mei 2021.
 Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 4,795 ujian saringan dan 385 individu disahkan positif COVID-19.

 KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan
kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada 23 Mei 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan.
PKPD 7 Mukim dalam daerah Kuantan, Pahang
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa mengenai kes COVID-19 di tujuh (7) mukim dalam daerah Kuantan, Pahang.
 Ketujuh-tujuh mukim tersebut ialah:
 Mukim Beserah
 Mukim Kuala Kuantan 1  Mukim Kuala Kuantan 2  Mukim Penor
 Mukim Sungai Karang
 Mukim Ulu Kuantan
 Mukim Ulu Lepar
 Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 6,548 ujian saringan dan 619 daripadanya disahkan positif COVID-19.
 KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh 10 hari dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di ketujuh-tujuh lokaliti tersebut.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang seperti yang dinyatakan berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.


SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my
Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes dan mengenalpasti, melaksanakan pengasingan dan saringan bagi kontak rapat.
Penamatan PKPD Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak
 Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 23 Mei 2021.
 Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 286 ujian saringan dan 92 individu disahkan positif COVID-19.
 KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.
 Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak pada 23 Mei 2021 seperti yang dijadualkan.

Task Force Operasi Pematuhan
 Semalam, sebanyak 3,824 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,116 anggota telah melakukan 72,213 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
 Sebanyak 4,154 pasaraya, restoran (5,021), kilang (2,092) bank (3,927), pejabat kerajaan (1,029), penjaja (2,252), pasar awam/tani (2,098), tempat ibadah (3,326) dan tempat riadah (1,841) telah diperiksa.
 Semalam,PDRMtelahmenahan495individuataskesalahaningkar SOP.
 Daripada jumlah itu, 476 telah dikompaun dan 15 individu direman manakala empat (4) lagi dijamin. Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:
o Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (180) o Tidak memakai pelitup muka (111)
o Tiada penjarakan fizikal (64)
o Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (9)
o Lain-lain (131)

Kawalan Sempadan Negara
 Semalam, Op BENTENG telah berjaya menahan 20 orang PATI, serta merampas dua (2) buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.
 Dalamoperasiitujuga,175buahbot/kapalturutdikesandiperairan negara melalui tujuh (7) aktiviti penglihatan.
 Sebanyak 482 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi BENTENG juga dilaksanakan diseluruh negara yang melibatkan pecahanseperti berikut:
o Op BENTENG/PENAWAR (PDRM, ATM, RELA) – 385 SJR o Op BENTENG PDRM – 88 SJR
o OP BENTENG AKSEM – 9 SJR
Operasi Sanitasi COVID-19
 Semalam, sebanyak 118 operasi sanitasi telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 49 Zon Merah, empat (4) Zon Jingga, dua (2) Zon Kuning dan satu (1) Zon Hijau.
 Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020telah melakukan 24,343 operasi sanitasi merangkumi 156 zon iaitu Zon Merah (111), Zon Jingga (11), Zon Kuning (22) dan Zon Hijau (12).
 Operasi ini melibatkan 611 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 90 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 128 buah jentera JBPM.

Kuarantin Wajib
 Semalam, seramai 940 individu tiba di semua pintu masuk
antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib.
 Secara kumulatif, sejak 24 Julai 2020, seramai 208,522 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
 Daripada jumlah itu, seramai 7,399 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 69 Hotel dan 11 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta diseluruh negara.
 Seramai 2,081 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 199,042 individu dibenarkan pulang.
Barang Keperluan Asas
 Semalam, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 732 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (553), pemborong (148) dan pengilang (31).
 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan
1,262 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP PKP.
 Daripadajumlahitu,1,261premismematuhiSOPditetapkan, manakala satu (1) lagi dikompaun.

(Visited 5,578 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button