fbpx
Politik

Bukan kali pertama Anwar dakwa dapat sokongan – Tun M

INI bukan kali pertama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu menunggu adakah dakwaan Anwar itu betul atau tidak.

“Kita harus menunggu untuk melihat apakah ini adalah satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan,” lapor The Edge Singapore memetik ucapan Dr. Mahathir di Sidang Kemuncak Maya ASEAN CIO Nutanix

Anwar pernah membuat pengumuman mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pada 2018 dan mendakwa akan membentuk kerajaan pada 16 September tahun itu.-SM

 


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button