Nasionalpilihan

Kariah Masjid Ibadurrahaman Tangga Batu Kechil kutuk rejim Zionis Israel

Lebih 100 umat Islam berhimpun secara aman sempena program Himpunan Solidariti Palestin ddi perkarangan Masjid Ibadurrahaman Tangga Batu Kechil, Melaka di sini
Jumaat lalu.

Himpunan yang diadakan selepas solat Jumaat minggu lalu itu menunjukkan sikap prihatin kariah masjid terhadap penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang terus diserang oleh tentera Israel.

Timbalan Pengerusi Masjid Ibadurrahaman, Hussin Jantan berkata, himpunan itu adalah mesej serta mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis
Israel terhadap rakyat Palestine.

“Ia juga merupakan mesej kepada rakyat Palestine bahawasanya kami kariah di masjid ini serta masyarakat seluruh dunia bersimpati dengan nasib mereka.

“Kami sentiasa mendoakan mereka. Harapan kami semoga rakyat Malaysia akan terus beristiqamah bersolidariti bersama rakyat Palestine,” ujarnya baru-baru ini.

Himpunan itu berlangsung tidak sampai sejam diakhiri dengan bacaan Qunit Nazilah yang dipimpin Imam 1 Masjid Ibadurrahaman Tangga Batu Kechil Melaka, Ustaz Azmi
Azhar. – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button