Nasional

Buka semula pusat jagaan, taksa: Tunggu keputusan KKM – Ismail Sabri

MEMAHAMI virus Covid-19 mudah dijangkiti oleh golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kerajaan perlu mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuka semula taska sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Walaupun kerajaan amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah bagi menjaga anak-anak ekoran penutupan pusat jagaan dan taska namun masalah itu diselesaikan dengan sebahagian ibu bapa bekerja di rumah.

Demikian kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar harian, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan amat memahami masalah ibu bapa bekerja yang tidak mempunyai pembantu rumah.

“Sebelum ini, ibu bapa boleh hantar anak-anak ke pusat jagaan atau taska. Sekarang sebahagian ibu bapa, 1 juta, bekerja di rumah atau work from home (WFH).

“Kita akan bincang dengan KKM untuk membantu ibu bapa yang tidak ada tempat tinggal,” katanya sambil menambah, masalah taska dibuka bergantung kepada keputusan KKM.

Pada sidang akhbar yang sama, Ismail Sabri turut menjawab soalan pemberita tentang persiapan musim tengkujuh.

“Banjir di pantai timur, pastinya kita buat persediaan, apatah lagi dalam keadaan Covid.

“Terutama di pusat-pusat pemindahan, khemah atas lantai, kongsi tandas… itu semua berisiko tinggi.

“Itu kiranya mangsa banjir yang sudah dipindahkan ke pusat pemindahan. Yang belum…,” kata beliau.

Ismail Sabri juga berkata, persiapan turut dilakukan bagi membantu mangsa banjir yang perlu dipindahkan.

“Orang tidak berdaya jalan, didukung dan berlaku sentuhan. Sama-samalah kita doa tidak berlaku banjir di pantai timur,” katanya. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button