Jenayah

Dua individu ditahan SPRM, didakwa pagi ini berhubung kes projek Jana Wibawa

DUA individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini berhubung kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Menurut sebuah portal berita, kedua-dua individu terbabit masing-masing merupakan seorang pemimpin kanan parti politik dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat.

Difahamkan kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, malam tadi.

Dipercayai pemimpin kanan parti politik berkenaan merupakan seorang Ahli Parlimen yang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM sebelum itu.

Bagaimanapun setakat ini SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan terbabit.

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button