Hiburan

YOUR LOSS tulus dari Yana

DILAHIRKAN dengan nama Shalma Elianam, penyanyi baharu ini yang mahu dikenali sebagai Yana mempertaruhkan karyanya sendiri berjudul YOUR LOSS. Pada hematnya, YOUR LOSS adalah permulaan kerjayanya kerana lirik dan melodi ciptaan sepenuhnya.

 

“Saya  tidak  pernah  yakin  untuk berkongsi karya nukilan sendiri  dengan  umum sebelum ini tetapi kali ini berbeza dan lagu ini ditulis di rumah.

“Liriknya menceritakan  tentang  sesuatu  yang  dapat  difahami  oleh  ramai  orang  kerana fokus atau temanya ialah  pengkhianatan” katanya.

Menurut beliau, di dalam lirik YOUR LOSS turut mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan  tidak  seharusnya  menjadi  punca  kegagalan  seseorang  dan  kita  tidak  harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.

Oleh itu, jelas beliau lagi, karya ini mengingatkan  semua  orang  untuk  menjadi  versi  terbaik  bagi diri  masing-masing dan  kehidupan ini sebenarnya  adalah  satu  proses  pembelajaran.

Berbeza  dengan  karya-karya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, YOUR LOSS menyajikan konsep balada pop dan ia sarat dengan mainan emosi.

“Alhamdulillah, proses  menulis  lagu  ini  berjalan  dengan  lancar. Saya  masih  ingat  saat  pulang   ke   rumah   dengan   pelbagai   emosi,  terus   tulis   lagu ini kemudian menyanyikannya  dengan  serta-merta.

“Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” ceritanya.

Mengakui mengambil masa untuk merakam YOUR LOSS, Yana bertuah kerana dibantu oleh Izzy, Shae dan Imar sepanjang proses.

Katanya, walaupun ini kali pertama bekerja  dengan mereka, beliau benar-benar menikmati proses tersebut.

“Kami semua mempunyai visi yang sama sewaktu fasa perancangan, dan segalanya tersusun dengan baik. Semua orang tahu apa yang saya mahukan.

“Secara keseluruhan, sangat senang untuk bekerja dengan mereka yang komited dan memahami diri kita,” imbasnya.

YOUR LOSS juga  bakal  menampilkan  sebuah  klip  video  yang  akan  diumumkan  tidak  lama  lagi dan proses rakamannya berjalan lancar.

“Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam.

“Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa sangat luarbiasa kerana diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini,” katanya.

Beliau berharap  para  pendengar  akan  menyukai  YOUR LOSS dan  mampu  memahaminya seperti  mana  diertikannya. – SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button