Travel

Bufet BBQ lazat di The Grill oleh Rasa Lama

RESTORAN Rasa Lama memperkenalkan bufet makan malam BBQ iaitu The Grill di mana terdapat pelbagai sajian makanan tempatan dan makanan barat.

Walaupun sebuah restoren, dekorasi dalamannya seperti suasana menikmati makanan di dalam hotel dengan hiasan menarik.

Lebih dari itu, chef akan menunjukkan aksi masakan secara ‘live’ di depan mata pelanggan.

Menurut Ketua Chef Rasa Lama Chef Ashraff, terdapat pelbagai stesen di Rasa Lama. Beliau mencadangkan tetamu merasai makanan di stesen utama yang menyajikan BBQ daging beraneka jenis.

“Apa yang utama ialah para pengunjung boleh merasai dan menikmati sendiri bunyian dan deruan BBQ yang dimasak secara live oleh chef.

“Pengunjung boleh pilih dan nikmati pelbagai jenis pilihan kambing, rusuk daging lembu, daging lembu, ikan siakap, makanan laut, ayam dan sosej,” katanya.

Tambahnya, Rasa Lama turut menghidangkan pembuka selera tempatan yang terdiri ulam-ulaman seperti ulam raja, jantung pisang, kacang botol dan banyak lagi.

“Ulam-ulaman dihidangkan dengan pelbagai pilihan sampingan seperti sambal belacan, tempoyak, sambal nenas dan sambal mangga,” katanya.

Selain itu, Chef Ashraff berkata terdapat stesen rojak buah yang asli dibawa terus daripada Pulau Pinang.

Bagi melengkapkan hidangan, Rasa Lama menyediakan pelbagai hidangan kuih-muih tempatan dan pencuci mulut barat.

“Rasa lama menyediakan pelbagai hidangan kuih-muih seperti ketayap, kuih koci, kuih lapis, lepat pisang, seri ayu, kuih keria dan banyak lagi.

“Kami juga menyediakan pencuci mulut barat seperti Panacotta dab crème Caramel. Terdapat juga pelbagai jenis minuman tersedia,” katanya.

Terletak di tengah-tengah lokasi yang terkenal di SS 15, Rasa Lama merupakan satu-satunya restoren yang menawarkan buffet makan malam.

The Grill oleh Rasa Lama akan disediakan secara mingguan iaitu setiap Jumaat dan Sabtu bermula pada malam sambutan Krismas 24 Disember dari pukul 6 petang hingga 10 malam.

Harga yang ditawarkan ialah RM99 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak.

Inilah masanya untuk menikmati hidangan yang lazat dan kemeriahan BBQ yang mengiurkan. -SM

(Visited 531 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button