Nasional

SPR akan keluar kenyataan berhubung kekosongan Batu Sapi

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kenyataan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam masa terdekat.

Kenyataan tidak dapat dikeluarkan sekarang susulan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima surat pemakluman pengosongan Parlimen Batu Sapi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong meinggal dunia di Kota Kinabalu pada 2 Oktober lalu.

“Ya. Saya boleh sahkan di sini bahawa hari ini kami terima surat daripada Speaker Dewan Rakyat berkenaan kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi.

“Pegawai saya memaklumkan surat telah diterima hari ini.

“Tunggu kenyataan media SPR nanti. Maaf ya, sebab saya sekarang kuarantin diri selama 14 hari sejak balik dari PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah.

“Pada 28 September lalu melakukan swab test dan diarah kuarantin diri 14 hari sehingga 12 Oktober ini.”

Demikian kata Abdul Ghani dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, kerusi Batu Sapi diisytihar kosong oleh Azhar Azizan selepas Vui Keong meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru ketika mendapat rawatan dekat sebuah hospital di Kota Kinabalu.

Beliau ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pun tidak kelihatan apabila masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, Abdul Ghani memaklumkan, pihaknya akan membuat pengumuman berhubung pilihan raya yang akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen di Sabah itu.

“Saya kena habiskan dulu kuarantin diri dua minggu ini. Sekarang saya kerja berurusan secara dalam talian sahaja dengan pegawai dan kakitangan SPR.

“Jangan risau, nanti kami akan keluarkan kenyataan media memaklumkan tarikh mesyuarat khas.

“Serta penentuan tindakan seterusnya iaitu Pilihan Raya Kecil (PRK) dan sebagainya,” ujarnya. – SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button