Nasional

Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH tumpu 7 barang keperluan asas

BUAT julung kalinya, Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) diadakan di Negeri Selangor menawar dan menumpukan kepada penjualan tuju jenis barang keperluan asas utama pengguna.

Tujuh jenis barangan keperluan asasitu merangkumi Ayam Segar, Beras, Telur Ayam, Minyak Masak, Ikan, Gula Pasir dan Daging Sejuk Beku pada harga runcit serendah 30% berbanding harga pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, tempoh bagi jualan JER ini akan berlangsung selama tiga jam sahaja dengan konsep premis terbuka.

“Program JER Selangor ini merupakan kerjasama strategik pertama yang digerakkan di antara KPDN Selangor bersama Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Kerjasama strategik ini adalah idea penggabungan dan penyelarasan dua program di bawah inisiatif kos sara hidup iaitu Program Jualan RAHMAH dan Jualan Ehsan Rakyat di Selangor dengan penjenamaan semula sebagai Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER),” katanya.

Salahuddin berkata demikian pada majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Taman Keramat, Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut sama menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Untuk makluman, Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) pada hari ini adalah sebagai tanda kick-off Program Jualan Ehsan RAHMAH (JER) yang dilaksanakan di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Negeri Selangor di mana lokasi dan keperluan logistik diuruskan oleh pihak DUN.

Kata Salahuddin lagi, hasil penjenamaan semula sebagai Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) adalah disebabkan Program Jualan RAHMAH dan Jualan Ehsan Rakyat didapati mempunyai objektif, modus pelaksanaan dan golongan sasaran yang hampir serupa.

Beliau berkata, susulan daripada hasrat dan matlamat yang sama telah menghasilkan satu persetujuan bersama di antara KPDN Selangor dengan Kerajaan Negeri untuk mengambil satu langkah ke hadapan yang logikal (logical next step) di mana inisiatif JER ini dilihat dapat mengurangkan kos pelaksanaan, meningkatkan impak dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan di negeri Selangor.

“KPDN bersama Kerajaan Negeri berharap Program JER Selangor ini dapat memberi impak yang positif kepada rakyat Selango terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan penduduk kawasan luar bandar,” ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya, KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

“KPDN Negeri Selangor merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di atas komitmen yang mampan sepanjang menjayakan Program Jualan Mega Ehsan RAHMAH (JER) ini bagi membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan kos sara hidup pengguna serta merancakkan ekonomi negara dengan menggalakkan rakyat berbelanja,” katanya. – SM

BACA Menu Rahmah kurangkan inflasi makanan

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button