Hiburan

Vaksin ni tuhan ke apa? – Suhaimi Saad

JIKA dilihat kepada negara yang sudah berjaya membentuk imuniti berkelompok iaitu 80 peratus penduduknya sudah divaksin, hampir semua kemudahan sudah dibuka.

Negara juga semakin dekat ke arah imuniti berkelompok dan beberapa aktiviti yang disekat sebelum ini sudah dilonggarkan tetapi dengan syarat harus menerima dua dos suntikan vaksin.

Syarat itu nampaknya mula mengundang rasa tidak puas hati terhadap golongan yang menolak vaksin kerana pergerakan mereka sudah mula tersekat.

Antara yang turut menyatakan rasa tidak puas hati ialah penyanyi, Suhaimi Saad yang mempersoalkan sama ada vaksin ini adalah tuhan sehinggakan nampak lebih besar daripada syahadah.

Suhaimi dalam satu status di media sosial turut memberitahu yang vaksin tidak diwajibkan tetapi hendak melakukan semua perkara memerlukan kelengkapan dua dos vaksin.

“Aku percaya pada kekuasaan Allah, yakin pada sabda sabda Rasulullah. Kami akan bertahan hidup dengan kecukupan daripada Allah.

“Tapi untuk ikut taat kepada kerajaan zalim yang patuh pada kerajaan Dajjal adalah tidak. Kami rela mati untuk Allah dan RasulNya.

“Mudah mudahan Allah terima kami sebagai orang orang yang syahid di jalanNya. selamat dan bahagia abadi di syurgaNya,” katanya.

Ramai golongan anti-vaksin yang mula tidak senang dengan peraturan dua dos vaksin ini walaupun angka pesakit di tahap 3, 4 dan 5 Covid-19 sudah mula menurun.

Jika mengambil vaksin dapat mengurangkan jumlah kes dan mengurangkan kesan yang teruk kepada pesakit, apa salahnya kalau kita berikhtiar.

Hakikatnya, Allah juga lebih suka kepada manusia yang berikhtiar untuk mencari yang lebih baik daripada duduk dan hanya berharap sesuatu yang baik. -SM

(Visited 632 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button