NasionalNegeri

Budak lelaki 6 tahun pandu kereta langgar tiang lampu di Langkawi

ORANG ramai gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis terima satu panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan berlakunya satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada pukul 11.15 malam.

Menurut Shariman, kanak-kanak lelaki yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang merupakan adik lelakinya yang berumur tiga tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas lalu masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

“Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air. Selepas keluar bilik air mendapati kedua-dua kanak-kanak itu sudah tiada dalam rumah,” ujar beliau.

guru

Kes masih disiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya.

Shariman dalam kenyataannya hari ini berkata, keadaan tempat kejadian kemalangan itu gelap tetapi jalannya jalan lurus.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian tular video kemalangan kereta melibatkan pemandu kanak-kanak berumur enam tahun di Langkawi.

Jelas Shariman, kenderaan yang dipandu oleh kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujar beliau.

Dalam video yang tular itu, kanak-kanak tersebut menjelaskan memandu kereta untuk ke kedai kepada orang ramai yang berhenti untuk membantu selepas kereta jenis Toyota itu terbabas. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Polis Batu Pahat selamatkan dua kanak-kanak sesat di Parit Khamis

BACA 10 maut termasuk 8 kanak-kanak dalam kemalangan empat kenderaan

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button