Nasional

Budak 3 tahun positif dadah, polis buru bapa tiri

BERKELAKUAN aneh sebelum dibawa ke hospital dan disahkan positif dadah jenis amphetamine dan syabu.

Perkara itu dikesan ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mendapati anaknya berkelakuan luar biasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pengesahan positif dadah itu diterima selepas ujian saringan air kencing dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut pada tiga hari lepas.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai, Negeri Sembilan pada 14 April lepas.

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaanya.

“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu menurut Mohd. Fazley, pihaknya kini sedang mengesan bapa tiri kepada kanak-kanak itu yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian.

Ujarnya, suspek dikenali sebagai Mohd Faresh Khalid, 38 tahun dan mempunyai alamat terakhir di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintenden Md Nurazam Md Ghazali (013-800 5225), Pegawai Penyiasat, Inspektor Rozainita Aida
Mohamed Bakri (011-3333 0025) atau Inspektor Normi Hashim (013-694 9623). -SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button