Berita GajetEkonomiGajet

SELPHY CP1500: Pencetak foto kompak dari Canon

CANON mengumumkan pelancaran SELPHY CP1500, sebuah pencetak foto kompak tanpa wayar yang  menjadikan  hidup lebih menyeronokkan dan spontan.

SELPHY CP1500 mudah digunakan dan menjanjikan kegembiraan dengan hasil cetakan tersendiri dan berkualiti tinggi. Ia menawarkan pelbagai kemungkinan, tidak kiralah sama ada anda ingin menghias kediaman dengan foto kegemaran anda, menghasilkan projek foto kreatif atau berkongsi foto yang diambil di
sesebuah acara.

SELPHY CP1500 yang boleh didapati dalam warna hitam dan putih menampilkan rekaan minimalis yang kemas dan sedap mata memandang.

“Saat-saat manis yang diabadikan dalam foto mudah untuk dilupakan kerana kita mengambil banyak gambar setiap hari. Namun kini dengan SELPHY CP1500 yang mudah dibawa ke mana-mana, pengguna boleh menyimpan dan berkongsi momen-momen kehidupan dengan mudah. Cetakan foto fizikal boleh membantu merapatkan hubungan bersama orang lain yang berkongsi pengalaman yang sama.

Dengan beberapa ciri baharu, pengguna juga boleh menambah sentuhan tersendiri kepada cetakan foto untuk
menjadikannya lebih unik,” kata Hunter Zhang, Pengarah Jabatan Perniagaan Komunikasi Pengimejan, Canon Marketing Malaysia.

Menghidupkan Setiap Cetakan

Terlalu banyak yang boleh anda lakukan dengan cetakan foto fizikal. Malah, pencetak foto kompak seperti SELPHY boleh dikatakan mampu menghidupkan setiap foto digital!

Dengan  kualiti imej yang diwarisi dari siri SELPHY, SELPHY CP1500 menyerlahkan lagi kejelasan cetakan potret. Selain penggunaan teknologi pemejalwapan warna yang menjadikan tona warna lebih sekata dan gradasi lebih tinggi,

SELPHY CP1500 juga didatangkan dengan fungsi pembetulan automatik yang melaras kecerahan, saturasi, kontras dan tona dalam imej untuk kemasan yang lebih baik dan jelas.

Di akhir proses pencetakan, kemasan lapisan luar khas diletakkan untuk melindungi foto dari air, kotoran, pemudaran warna, malah juga cap jari.

Sama ada foto tersebut adalah hasil tangkapan dari telefon pintar atau hasil kerja fotografi dari kamera, ia akan kekal dalam kondisi yang terbaik sehingga 100 tahun apabila disimpan di dalam album 1 .

Menambah Sentuhan Peribadi Dengan aplikasi telefon pintar SELPHY Photo Layout 3.0 yang dipertingkatkan, SELPHY CP1500 juga membolehkan anda menambah lapisan luar untuk menghias foto anda.

canon

Bingkaikan imej dengan bintang-bintang atau hiasinya dengan bunga-bungaan dan corak-corak lain pilihan anda.

Pengguna juga boleh menjadikan cetakan lebih unik dengan menambah kod QR – sama ada untuk dipautkan  dengan album foto, video, peta dalam talian dengan lokasi foto, malah juga mesej rahsia khas buat penerima, apa saja yang mereka inginkan!

Nikmati Keseronokan Berkongsi Momen dengan Segera melalui Cetakan Dengan rekaan minimalis yang ringkas,  SELPHY CP1500 bersaiz kecil, ringan dan mudah dikendalikan.

Kemudahan penggunaan ini juga dilanjutkan dengan keserasian sambungan yang tinggi. Sama ada melalui Wi-Fi atau kabel USB jenis C, pengguna boleh mencetak imej dari telefon pintar, kamera, atau komputer pada bila-bila masa – atau dengan menyambung terus kad SD atau pemacu kilat USB.

Untuk pengguna yang mencetak dari peranti mudah alih, aplikasi telefon pintar SELPHY Photo Layout 3.0 yang dipertingkatkan dan disokong oleh iOS, iPadOS, dan Android OS 2 , juga kini boleh mengakses imej-imej dari kamera atau telefon pintar yang dimuat naik ke image.canon, media sosial atau dari mana-mana cloud, membolehkan cetakan berkualiti tinggi dihasilkan dengan mudah.

canon

Sehingga lapan telefon pintar boleh dihubungkan ke SELPHY CP1500 pada satu masa, jadi ia amat sesuai untuk digunakan bersama di acara-acara keramaian.

Ia mudah dan cepat untuk dipadankan: hanya imbas kod QR dengan aplikasi SELPHY Photo Layout untuk menghubungkannya dan pengguna boleh mula menikmati keseronokannya! Cetakan bersaiz poskad (kira-kira 100 x 148mm) boleh dibuat dalam masa kira-kira 41 saat manakala cetakan bersaiz kad (54 x 86mm) boleh dibuat dalam hanya 23 saat.

Untuk lebih kemudahan, pek bateri NB-CP2LI baharu (dijual berasingan) membolehkan hingga 72 cetakan bersaiz poskad dibuat dengan setiap pengecasan-lebih 54 cetakan dari model sebelumnya. – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button