Luar Negara

Buaya berat setengah tan ditangkap

Seekor buaya berukuran 4.5 meter panjang, berat setengah tan telah diburu dan dibunuh penduduk di Pulau Bangka Belitung, Indonesia.
Tindakan ini susulan kepercayaan mereka bahawa buaya tersebut merupakan jelmaan syaitan yang menghantui penduduk setempat.
Menurut The http://Sun.uk/, haiwan itu mati dipercayai akibat keletihan setelah bergelut di dalam pukat khas dilengkapi mata pisau.
Haiwan yang dipercayai berusia sekitar 50 tahun itu mempunyai berat kira-kira 500 kilogram dan tidak mempunyai gigi.
Susulan saiznya yang besar, reptilia itu terpaksa diangkut menggunakan jentolak untuk ditanam mengikut ritual penduduk tempatan.
Haiwan buas jenis muara atau crocodylus porosus berkenaan dipercayai boleh membesar sehingga enam meter, kata Peneliti Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidi.
Jelasnya, reptilia muara yang terbesar itu pernah dicatatkan Guinness World Records dan ditemui di Mindanau, Filipina.
Kredit: The http://Sun.uk/
(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button