Luar Negara

Pengangkutan pintar Taiwan diiktiraf dunia

TAIWAN Excellence berjaya memperlihatkan buat pertama kalinya kepada khalayak antarabangsa produk pengangkutan pintar inovatifnya semasa sidang akhbar dalam talian Pengangkutan Pintar Taiwan Excellence hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata industri teknologi Pengangkutan Pintar pada masa ini merupakan salah satu industri utama dan kerajaan Taiwan sedang memfokuskan kepada dasar-dasarnya.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan akan melabur sebanyak AS$200 juta (AS$1=RM4.3) bagi infrastruktur pengangkutan pintar,” kata Taiwan Excellence.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan, Walter Yeh berkata, ketika dunia masih lagi berdepan dengan kesukaran akibat COVID-19, penyelesaian dan produk pengangkutan pintar Taiwan diiktiraf di seluruh dunia kerana kualitinya yang tinggi, teknologi canggih dan prestasi yang konsisten.

Menurut firma penyelidikan Markets and Markets, pasaran pengangkutan pintar global berkembang dengan sangat pantas dan dijangka mencecah AS$149.2 bilion pada 2023.

“Bagi syarikat Taiwan yang menyertai sektor pengangkutan pintar, terdapat banyak peluang pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button