Nasional

Mohamad Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Interim SKMM baharu

TAN Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 9 Jun lalu.

Menteri SKMM, Tan Sri Anuar Musa dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan Pengerusi Interim SKMM berkuatkuasa pada 10 Jun 2022 sehingga lantikan Pengerusi baharu dibuat.

“Lantikan ini adalah selaras dengan “Part II, Section 14 (Temporary Exercise of functions of Chairman” Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai Pengerusi bila mana berlaku kekosongan jawatan tersebut,” katanya.

Mohamad Salim merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sekarang turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya SKMM.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MRCB dan juga merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd.

Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

“Saya yakin pelantikan Tan Sri Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.

“Saya percaya pemegang taruh industri telekomunikasi dan digital akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh Kerajaan melalui SKMM yang bermatlamatkan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabangsa,” katanya. – SM

(Visited 749 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button