Nasional

BPR ganti BSH, bantuan bermula RM350 hingga RM1,800

KERAJAAN memutuskan untuk menukar Bantuan Sara Hidup kepada Bantuan Prihatin Rakyat dengan bantuan bermula daripada RM350 hingga RM1,800.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi pendapatan isi rumah kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima RM1,200.

Menurutnya, bagi yang mempunyai dua orang anak atau lebih pula akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

“Bagi mereka yang mempunyai isi rumah pendapatan sebanyak RM2,501 sehingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800.

“Bagi mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih pula akan menerima sebanyak RM1,200,” katanya dalam Dewan Rakyat menerusi pembentangan Bajet 2021.

Tengku Zafrul berkata, bagi isi rumah berpendapatan RM4,001 sehingga RM5,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima RM500.

Manakala bagi mereka yang mempunyai dua orang anak atau lebih ujarnya akan mendapat RM750.

“Bagi individu bujang yang berpendapatan kurang RM2,500 dan berusia 21 tahun ke atas akan menerima bantuan RM350,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan memperuntukan sebanyak RM6.5 bilion untuk BPR dan dijangka akan memberi manfaat kepada 8.1 juta penerima. -SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button