Nasional

Suspek kes pecah kereta pandu lawan arus sebelum ditahan

DUA suspek kes pecah cermin kereta yang melarikan diri daripada polis dengan cara memandu lawan arus berjaya ditahan kira-kira pukul 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek sebelum itu telah dipercayai telah memecah kenderaan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh sehingga mengakibatkan mangsa hilang wang tunai RM300 dan beberapa dokumen peribadi lain.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.25 pagi dan kita telah terserempak dengan suspek.

“Kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Perodua Myvi dan bertindak melarikan diri dengan memandu secara melawan arus menuju ke arah utara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek bagaimanapun telah ditahan kira-kira pukul 6.50 petang pada hari sama.

Ujarnya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama berusia 31 tahun mempunyai 20 rekod jenayah manakala seorang lagi berusia 25 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Pemeriksaan lanjut di dala kenderaan milik suspek berjaya menemukan pelbagai barangan disyaki digunakan dalam kegiatan pecah cermin kereta.

“Kedua-dua suspek juga telah mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan turut mengaku telah beberapa kali melakukan jenayah pecah cermin kereta di kawasan hentian tersebut,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, penahanan kedua-dua suspek ini juga berjaya menyelesaikan sebanyak 15 kes pecah cermin kereta di kawasan hentian itu. -SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button