Nasional

BPN: 2.3 juta permohonan baharu diluluskan

SERAMAI 2.3 juta rakyat Malaysia yang memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

Kelulusan itu diberikan kepada mereka yang terpaksa memohon apabila maklumat tidak terdapat dalam simpanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA > Ulangtahun ke-2 jadi kerajaan: Wan Azizah berharap PH akan ‘kembali’ — Suara Merdeka

Penerima BPN yang awal sebelum ini menerima bantuan peringkat pertama berdasarkan maklumat pengisytiharan pendapatan 2018 pada tahun lalu.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai maklumat selepas semakan di buat di laman web LHDN mereka perlu membuat permohonan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, permohonan perlu dilakukan bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan.

“Permohonan dibuka pada April lalu bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

“Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak semula mulai hari ini melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA > 52 negara terima pinjaman kecemasan IMF — Suara Merdeka
BACA > Usul tak percaya Perdana Menteri: Pemimpin Melayu tidak perlu jadi gunting — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat tambahan sebanyak RM1 bilion berbanding peruntukan asal, RM10 bilion bagi menampung kesemua penerima BPN.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion.

“Kerajaan berharap BPN ini memanfaatkan penerima dan meringankan beban dalam tempoh yang mencabar ini,” ujarnya.

Tambah Tengku Zafrul, bayaran kepada permohonan ini akan dibuat sekali gus mulai 15 Mei ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion.

Pakej rangsangan itu sebagai persediaan negara bagi menghadapi impak pandemik Koronavirus (Covid-19) terutama dalam sektor ekonomi.

BACA > BPN: Bekas kakitangan Utusan berputih mata — Suara Merdeka
BACA > Maszlee tolak jawatan dalam Mara — Suara Merdeka

Muhyiddin turut mengumum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghentikan semua bentuk perniagaan kecuali keperluan asas bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button