MahkamahNasionalNegeri

Jurutera didakwa bunuh pegawai PPD Kuala Krai

SEORANG jurutera di sebuah syarikat perkapalan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, hari ini atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam di Machang pada 3 September lalu.

Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh penjawat awam, Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah Kedai Chicken Chop Cikgu, dekat Machang pada jam 11.30 pagi, 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwa Raya Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos dan tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 November ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta forensik.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas berlaku pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kampung Cabang Sungai Hala.

Mangsa yang berusia 51 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat parah di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri. – SUMBER HARIAN METRO – SM

BACA Lelaki bunuh bapa, campak mayat tepi jalan

BACA Kes bunuh CEO Cradle Fund: Teori Samirah orang terakhir bersama Nazrin sekadar andaian

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button