Rencah Hidup

Selasa, esok hari luar biasa, gurindam Mujahid

NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa semenangnya terkenal dalam penulisan berbentuk sastera.

Sebelum ini beliau cukup popular dengan ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ yang dinukilkan pada 25 Disember 2018.

Warkah yang ditujukan khas kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar itu mengundang pelbagai reaksi apabila Mujahid membahaskan dirinya kekanda dan Nurul Izzah sebagai adinda,

Hari ini, Mujahid menulis gurindam ‘Selasa’. Dalam gurindam lima rangkap itu antara lain Mujahid menyatakan Selasa esok merupakan hari yang luar biasa.

Esok merupakan hari Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk mengambil alih kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Pada 23 September, Anwar mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa dia mempunyai “majoriti kuat, hebat dan meyakinkan” di Parlimen untuk membentuk pemerintahan baru.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Esok merupakan hari yang ditunggu oleh banyak pihak sama ada apa yang didakwa oleh Anwar itu benar atau tidak.

SELASA

Ada apa pada SELASA
Dia datang senantiasa
Kecuali kiamat baru terasa
Dia berhenti kerna terpaksa

Hari esok luar biasa
Baki hidup memenuhi jasa
Tanpa hari kita tersiksa
Jangan risau ada SELASA

Hari-hari berita semasa
Hari Isnin sunat puasa
Buat jiwa rasa selesa
Cemas seketika tiba SELASA

Apa cerita lelaki perkasa
Berjalan jauh sampai disiksa
Demi negara mahu berjasa
Penuh yakin hari SELASA

Apa jadi pun ada SELASA
Hari-hari menghitung masa
Apakah esok macam biasa?
Hanya di tangan Allah Maha Esa..

Amin Ya Rabbal alamin…

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar

Isnin 12 Oktober 2020.-SM

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button