Mahkamah

Sejarah berulang kembali, lagi bekas Perdana Menteri Malaysia ke Mahkamah

4 Julai 2018 menyaksikan Datuk Seri Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri pertama yang melangkah kaki ke mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Namun pada penghujung perbicaraan, Najib dihukum 10 tahun penjara dengan denda sebanyak RM210 juta bagi tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Pada tanggal 10 Mac 2023, negara sekali lagi menyaksikan bekas Perdana Menteri yang seterusnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami nasib serupa selepas hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram serta menurut sumber semasa, kes akan disebut semula pada 26 Mei hadapan.

Muhyiddin dibenar untuk diikat jamin dengan jumlah sebanyak RM2 juta dan jumlah itu diselesaikan oleh dua penjamin yang masing-masing terdiri daripada anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan ke atas tertuduh iaitu Muhyiddin perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button