fbpx
BeritaPolitik

Bossku dakwa kerajaan PH umum prestasi ekonomi senyap-senyap

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan PH secara senyap-senyap mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi untuk suku ke-3.

Beliau yang popular dengan gelaran Bossku berkata, kebanyakan media portal tidak memberi perhatian besar kepada pengumuman mustahak ini.

Guan Eng pun, langsung tidak bersuara, katanya dalam hantaran facebook.

Mana mungkin Guan Eng akan senyap untuk pengumuman sangat penting ini, ye?

BERNAMA juga menggunakan tajuk berita selamba bahawa kadar pertumbuhan ekonomi suku ke-3 ialah 4.4% untuk laporan mereka.
http://bernama.com/bm/news.php?id=1790002


Kenapa?

Kerana ini menunjukkan penurunan yang memeranjatkan dan tidak mahu diheboh-hebohkan sehari sebelum hari mengundi.

Kadar 4.4% untuk suku ke-3 ini adalah kejatuhan 0.5% dari kadar 4.9% untuk suku ke-2 dan juga penurunan dari kadar 4.5% untuk suku pertama.

Ini juta bermaksud bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi tahun 2019 sebanyak 4.9% yang digunakan oleh Guan Eng dalam bajet 2019 sudah lari.

Andaian lari, maksudnya bajet lari, defisit pun lari dan hutang negara naik dengan lagi cepat.

Suku ke-3 tahun 2017 di bawah BN, kita capai kadar pertumbuhan 6.2% dan adalah antara tertinggi di seluruh Asia.
https://www.nst.com.my/…/malaysias-q3-gdp-growth-rate-among…

Suku ke-3 tahun 2018 dan tahun 2019, jatuh ke 4.4%.

Sepanjang masa saya PM, purata kadar pertumbuhan KDNK adalah 5.2%.

Sepanjang masa PH memerintah, tak pernah kadar pertumbuhan KDNK capai 5%.

Saya juga meneliti butiran laporan suku ke-3 2019 ini.

Kadar permintaan domestik (atau ekonomi rakyat) jatuh.

Export jatuh. Import jatuh.

Pelaburan asing jatuh ke RM2.9 bilion sahaja untuk seluruh suku ke-3.

Paling memeranjatkan ialah Pembentukan Modal Tetap Kasar (Gross Fixed Capital Formation – GFCF) yang merupakan indikator paling penting untuk keseluruhan pelaburan domestik dan asing, telah merosot kepada 3.7 peratus, kekal dengan pertumbuhan negatif bagi tiga suku tahun berturut-turut

Saya tidak pernah lihat indikator GFCF ini negatif untuk tiga suku tahun berturut-turut masa saya PM.

Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus menurun untuk tahun depan.

Hutang sudah naik RM120 bilion. Aset negara melebihi RM50 bilion sudah dijual. Duit PETRONAS RM82 bilion sudah dijarah.

Namun, ia tidak digunakan dengan baik.

Kadar pertumbuhan ekonomi semakin menurun.

Sila hantar mesej kepada PH bahawa Rakyat bimbang dan marah tentang penurunan ekonomi kita yang berterusan.

Tolak PH, undi BN esok.

Show More

Related Articles

Back to top button