Nasional

Bosan Dengan Pematuhan SOP Tak Berpenghujung, Rakyat Lebih Selesa Jaga Diri Sendiri

Tak perlu terkejut dengan ratusan umat manusia yang beratur menunggu giliran untuk melangkah kaki masuk ke Bazar Aidilfitri di lorong Tunku Abdul Rahman (TAR).

Mana tidaknya, hampir dua tahun umat manusia dimomokkan dengan pelbagai kompaun dan denda yang sangat mengerikan jika gagal mematuhi SOP.

Namun untuk tahun ini biar pun masih ketat dan ada sedikit kelonggaran, umat manusia mula tunjukkan rasa penat, bosan dan lelah untuk terus berharap.

Salah satunya.. bilakah pandemik Covid-19 akan berakhir kerana sehingga ke hari ini, kerajaan pula menunjukkan sikap yang sebaliknya iaitu ‘tiada jawapan’.

Kalau dahulu, kita berbangga apabila kerajaan mampu mengekang angka Covid-19 daripada terus meningkat namun secara tiba-tiba semuanya berubah.

Di manakah efisiennya? Di manakah golongan bijak pandainya? Di manakah menterinya? Yang kita cuma nampak adalah urusan jual beli melibatkan Malaysia dan negara luar.

Pelbagai persepsi dan tohmahan juga semakin sukar untuk dikawal. Kenapa? Mungkin disebabkan terlalu banyak berdiam tentang perkara yang sebenar.

Rakyat semakin bijak. Sedangkan ahli politik yang lama pun sedia rakyat ludahkan, inikan pula kerajaan yang buatkan rakyat susah hati.

P/s : Semakin hari, semakin banyak berita pelik-pelik yang terjadi kepada rakyat yang miskin. Mungkin telah sampai masa untuk kita bangkit #resetmalaysia tanpa percaturan politik?

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button