Politik

NC UM boleh saman fitnah Yan Ke, kata peguam

KUALA LUMPUR – Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim boleh memfailkan saman fitnah ke atas graduan universiti tersebut Wong Yan Ke.

Menurut seorang peguam, Adnan Seman, selepas meneliti setiap ayat di dalam ucapan Dr Abd Rahim di Kongres Maruah Melayu tidak terdapat bukti yang menyokong tuduhan yang dilemparkan Yan Ke.

“Kita tidak tahu kandungan laporan polis yang telah dibuat pihak UM namun jika laporan polis turut menyatakan tentang fitnah yang dibuat boleh Wong Yan Ke, polis boleh membuat siasatan.

“Kemudian pendakwaan boleh dikenakan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut seksyen 500 atau 501 Kanun yang sama atas kesalahan jenayah fitnah,” kata Adnan dalam satu kenyataan.

Adnan berkata, antara tuduhan yang dilemparkan Yan Ke terhadap Dr. Abdul Rahim adalah Naib Canselor UM tersebut menjadi boneka parti politik, menggalakkan perkauman dan kebencian.

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button