Bola SepakSukan

Bayern Munich juara Eropah, tumpaskan PSG 1-0

BAYERN Munich menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 untuk muncul sebagai Juara Eropah buat kali keenam dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Pada perlawanan yang berlangsung di Lisbon itu, babak pertama menyaksikan menyaksikan beberapa percubaan PSG hadir menerusi Kylian Mbappe.
Namun ia penjaga gol Bayern, Manuel Neueur berjaya menggagalkan cubaan tersebut dan masuk babak kedua  Bayern mula menunjukkan penguasaan.
Pada minit 59 pemain Bayern Kingsley Coman memanfaatkan hantaran Joshua Kimmich untuk meledak gol menerusi tandukan padu.

Coman bijak mencari ruang di hujung garisan gol seperti tahu bahawa hantaran yang tepat dari Kimmich akan memberinya peluang yang dia impikan.

Final Liga Juara-Juara berlangsung tegang, dengan kedua-dua pasukan hanya mencipta sedikit peluang untuk kedua-dua pasukan tetapi, tidak ada kelebihan klinikal.

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button