NasionalUncategorized

Boleh sambung PKPB, tapi benarkanlah kami terus berniaga cari makan

ANGKA tinggi yang dilaporkan setiap hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan kes baharu Covid-19 sebenarnya membuatkan ramai pening kepala.

Pening kepala kerana semuanya risau dengan keadaan keselamatan diri sendiri dan keluarga, status kerjaya dan paling utama ialah melibatkan hal kewangan.

Walaupun kerajaan sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Lembah Klang pada 14 Oktober lalu, jumlah kes baharu masih berada di tahap yang tinggi sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada PKPB akan disambung lagi atau tidak.

SUARA MERDEKA sempat bertemu dengan beberapa peniaga dan kesemua mereka menyatakan walaupun jumlah jualan semakin jatuh sejak arahan PKPB dikuatkuasakan, peluang untuk dapat berniaga sudah cukup buat mereka.

Peniaga ayam goreng, Sawir Lasan, 57, dia bersetuju supaya PKPB diteruskan bagi mengekang penularan kes Covid-19.

“Tetapi kalau boleh biarkanlah kami berniaga. Saya hidup pun hanya bergantung dengan berniaga sahaja.

“Saya berniaga sekarang pun bukannya untung sangat. Cukup sekadar dapat makan dan lepaskan perbelanjaan harian.

“Sewa rumah saya pun sudah tertunggak tiga bulan kerana tidak mampu nak lunaskan. Kalau tidak dibenarkan berniaga, memang susahlah nampaknya,” kata Sawir.

Berbeza pula pendapat dengan tukang kunci, Chew Kin Meng, 36, yang beranggapan bahawa tindakan segera seperti pelaksanaan PKP perlu dilakukan untuk menurunkan jumlah Covid-19.

Jelasnya, kalau dia dipaksa menutup kedai selama sebulan pun dia sanggup asalkan Covid-19 dapat dikurangkan dan perniagaan boleh berjalan seperti biasa.

“Arahan PKPB sekarang pun ramai yang tidak patuh. Semuanya asyik keluar sesuka hati dan kalau begini, macam mana nak kurangkan jumlah Covid-19.

“Sebab itu kalau perlu PKP, saya setuju supaya semua duduk dirumah dan kita boleh kurangkan angka kes baharu dengan segera,” ujarnya.

Jom ikuti beberapa lagi temubual SUARA MERDEKA bersama dengan peniaga-peniaga lain yang turut berkongsi keperitan mereka berniaga dalam tempoh PKPB dalam YouTube Suara Merdeka.

 

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button