Nasional

Anggota Amal Pas meninggal dunia ketika bantu bersih sisa banjir

ANGGOTA Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor Ahmad Zaki Mahbar dilaporkan meninggal dunia ketika mengikuti misi bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang, Selangor dan kawasan sekitar.

Menurut Facebook rasmi Jabatan Amal Mersing, Allahyarham yang juga Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia dikejarkan ke Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.

“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata. Salam takziah buat keluarga Tuan Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.

Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan
Amal Malaysia hadir ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.
Semoga rohnya dirahmati Allah Ta’ala,” katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Hanafi Zulkapli.

“Allahyarham hadir ke Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.

“Jabatan Amal Malaysia merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham atas pemergiannya,” katanya menerusi hantaran Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini.-SM

 

(Visited 518 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button