Nasional

Bomba Melaka bantu kebumi jenazah obesiti

Bukan sekadar menyelamatkan manusia serta harta benda tetapi juga menyelamatkan apa sahaja haiwan yang terperangkap.

Itu antara tindakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dan tidak terkecuali mereka juga membantu mengangkat jenazah obesiti untuk dikebumikan.

Semalam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil mengambil masa 30 minit mengangkat dan menurunkan jenazah seorang lelaki seberat 230 kilogram untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya Ikan, Bukit Baru, Melaka di sini.

Komander Operasi Pegawai Kanan II (PBKII), Kamaruddin Mat Amin berkata, seramai enam anggota dikejar ke tempat kejadian dengan sebuah jentera selepas menerima panggilan kecemasan 11.47
pagi.

“Kami tiba kira-kira pukul 11.51 pagi membantu mengangkat dan menurunkan jenazah menggunakan tali hos serta dibantu ahli keluarga,” ujarnya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir setengah jam untuk mengangkat mayat lelaki berusia 29 tahun itu. – SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button