Nasional

Boleh menggalakkan kegiatan penyeludupan manusia – Musa Hasan

LANGKAH kerajaan mengecualikan visa kepada pelancong dari China dan India boleh mengundang kepada kegiatan penyeludupan Manusia, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa.

Beliau berkata demikian dalam respon ringkas di twitter kepada kenyataan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ini juga akan menggalakkan kegiatan penyeludupan manusia (Human Trafficking),” kata Musa di Twitter.

Tuan Ibrahim dalam kenyataannya meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu selesaikan terlebih dahulu isu lambakan pelancong warga China dan India yang bermastautin di negara ini sebelum memberikan pengecualian visa.

Kataya, Isu keselamatan perlu diberi keutamaan berbanding sasaran jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.
Untuk itu, katanya,  isu pengecualian visa yang diberikan khusus kepada pelancong warga China dan India pada 2016 dan 2017 perlu dihentikan supaya hal yang berkaitan permastautinan mereka diselesaikan segera.

“Penyelesaian isu lebih 95 peratus pelancong China dan India yang tiada rekod tarikh keluar antara tahun 2016 hingga 2018 adalah perkara utama yang perlu diselesaikan kerajaan.

“Jumlah sebenar yang didedahkan oleh Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) ialah melebihi 115,000 orang dan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 296,000 warga India sedang diproses secara manual di bawah MyIMMs,” kata Timbalan Presiden Pas itu.

Kerajaan mengumumkan pengecualian visa kepada pelacong China dan India bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020). – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button