Ekonomi

Public Bank Pastikan Akses Berterusan kepada Pembiayaan Bagi Menyokong Pemulihan Ekonomi Negara

Public Bank sentiasa memastikan akses sama rata kepada produk dan perkhidmatan mampu bayar dan bersesuaian kepada orang ramai daripada semua segmen masyarakat sejak memulakan perniagaannya pada 6 Ogos 1966.

Dengan menekankan pada keterangkuman kewangan melalui penyediaan pembiayaan mampu bayar bagi menyokong semua segmen masyarakat, terutamanya pembiayaan bagi perumahan mampu milik, Public Bank telah mempermudahkan pembiayaan berjumlah sehingga RM11.85 bilion sehingga akhir tahun 2022.

Ini sejajar dengan komitmen Public Bank yang menggerakkan sehingga RM48 bilion bagi pembiayaan mesra Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menjelang tahun 2025, termasuk RM15 bilion untuk pembiayaan rumah mampu milik.

Pendedahan domestik Public Bank berjumlah RM67 bilion bagi pemberian pinjaman komersial kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada akhir tahun 2022, yang bersamaan dengan bahagian pasaran industri sebanyak 18.6%, merupakan petanda jelas sokongan kukuh terhadap PKS Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata produk dan kemudahan kewangan komprehensif Public Bank yang memenuhi keperluan individu dan PKS masih disediakan.

“Public Bank memastikan akses kepada pembiayaan sentiasa ada bagi memudahkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi mampan selain menyokongmata pencarian masyarakat umum dan sebagai menyokong usaha berterusan kerajaansepanjang fasa pemulihan ekonomi,” kata Tay.

Untuk terus meningkatkan akses kewangan kepada PKS, Public Bank telah memeterai kerjasama strategik dengan Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (Credit Corporation Malaysia Berhad (CGC)) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dalam pelbagai siri skim jaminan yang membolehkan PKS yang layak tetapi kekurangan cagaran untuk memperoleh pembiayaan.

Public Bank juga mengambil bahagian yang aktif dalam skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan Bank Negara Malaysia sejak pandemik COVID-19 dan telah meluluskan kira-kira RM3.7 bilion bagi pembiayaan yang memberi manfaat kepada lebih 18,800 PKS.

Selain memastikan akses kepada pembiayaan, sebagai sebahagian daripada agenda kelestarian Public Bank, Bank juga telah menyediakan pelbagai penyelesaian pembiayaan hijau kepada PKS yang bertujuan untuk  enggalakkan penerimaan pakai amalan mesra alam, di samping mengurangkan pembiayaan berkaitan iklim yang berisiko tinggi.

Selain menyediakan skim pembiayaan, Public Bank juga telah menganjurkan aktiviti bagi inisiatif pembangunan kapasiti PKS seperti jerayawara, seminar, kerjasama pendigitalisasian dan inisiatif lain termasuk peralihan kepada ESG. Satu daripadanya ialah program Train-The-Trainers yang mana Jerayawara Pembiayaan PKS telah diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang pelbagai penyelesai pembiayaan yang ditawarkan oleh Public Bank.

Inisiatif sedemikian menyediakan peluang bagi PKS untuk menangani apa-apa asimetri maklumat pembiayaan atau pendanaan.

Public Bank juga merancang untuk menganjurkan siri seminar untuk memberi PKS maklum balas pasaran terkini, dengan seminar pertama diadakan mengenai harta tanah hijau.

Pengetahuan dan maklumat penting telah disalurkan kepada PKS termasuk isu- isu meliputi perubahan iklim, ESG dan manfaat serta peluang untuk mengejar kelestarian.

Dengan buah fikir pakar-pakar industri untuk membangkitkan kesedaran tentang pembangunan mampan bagi peserta PKS, satu seminar telah diadakan pada 14 Jun 2023 di Lembah Kelang yang telah menerima sambutan mengagumkan, dan seminar seumpamanya akan diadakan pada masa akan datang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, para pelanggan boleh menghubungi Bank melalui 03-2176 6008 atau melayari laman web Bank di https://www.pbebank.com. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button