Luar Negara

Boeing 747 Qantas pencen awal kerana Covid-19

BUKAN manusia sahaja yang kehilangan pekerjaan dek kerana Covid-19, pesawat pun ada yang terpaksa ‘dipencenkan’ lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Itulah yang berlaku kepada pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan Australia, Qantas yang terpaksa dihentikan penerbangan enam bulan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Malah, penerbangan terakhir pesawat itu dari Sydney, Australia ke Los Angeles, Amerika Syarikat diterbangkan dengan laluan yang menyerupai haiwan Kangaru sebagai simbolik kepada jasanya dalam dunia penerbangan di negara itu.

Pesawat itu diterbangkan ke Los Angeles sebelum disimpan bersama pesawat-pesawat lain di Gurun Mojave, Amerika Syarikat.

BACA> Akta 244: Kerajaan tidak berniat sekat kebebasan dalam media sosial

Mengimbau kembali sejarah Boeing 747 dengan Qantas, pesawat itu diambil pada tahun 1971 iaitu pada tahun yang sama William McMahon menjadi Perdana Menteri dan cawangan pertama McDonald’s dibuka.

Pesawat itu juga memberi peluang kepada berjuta orang untuk terbang ke luar negara dengan harga tambang yang lebih murah.

Malah, saiz dan ketahanannya juga sempapt dgunakan untuk misi menyelamat bencana alam seperti Cyclone Tracy pada 1974 dan Boxing Day Tsunami pada 2004.

Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, Boeing 747 sememangnya memberi kesan besar terhadap dunia penerbangan di Australia.

“Pesawat itu berkemampuan untuk melakukan pelbagai perkara. Malah, harga operasi yang rendah memberi peluang kepada ramai warga Australia untuk melancong ke luar negara,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

BACA> Tergamak tipu orang guna nama anak yatim

Sementara itu, juruterbang wanita pertama, Sharelle Quinn berkata dia sangat menghargai peluang untuk bekerja dengan Boeing 747 selama 36 tahun.

“Memang sedih bila melihat pesawat ini pergi tetapi sudah tiba masa untuk kita terima pesawat baharu yang lebih efisyen dengan perkembangan teknologi semasa,” jelasnya. -SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button