Nasional

Covid-19: Kluster Persidangan Gereja di Kuching ditamatkan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menamatkan Kluster Covid-19 Persidangan Gereja di Kuching, Sarawak.

Kluster tersebut merupakan salah satu kluster yang telah dikesan sejak awal wabak Covid-19 di Malaysia iaitu pada 15 Mac lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdiullah sehingga 23 Jun lau seramai 2,751 orang dari kluster tersebut telah disaring dan didapati 191 kes yang positif Covid-19

“Kluster ini telah melibatkan sehingga lima generasi dari pelbagai kawasan di Sarawak. Kini, kluster ini telah pun sampai ke pengakhirannya.

“KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) serta semua petugas yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini,” kata Dr. Noor Hisham.

Sebanyak tiga kes kematian direkodkan dalam kluster ini iaitu kematian ke-2 (iaitu kes ke-358), kematian ke-37 (iaitu kes ke-2471); dan kematian ke-67 (iaitu kes ke-2864). Manakala sebanyak 12 kes telah dirawat di unit rawatan rapi.

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button