Politik

BN tidak sertai PRK Batu Sapi – Pengerusi BN

Keputusan dibuat untuk elak Covid-19

BARISAN Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam kenyataannya hari ini memberitahu, keputusan itu dibuat kerana perlu dielakkan wabak Covid-19 daripada terus menular.

“BN merasakan virus ini hendaklah dielakkan daripada menular. Sekiranya PRK itu diadakan sebagaimana yang dilakukan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, maka rantaian Covid-19 agak sukar untuk diputuskan,” katanya.

Beliau berkata, BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutusskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” ujar Ahmad Zahid.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang daripada Parti Warisan Sabah, meninggal di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 11.50 pagi.

Ekoran itu, Yang  di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizah Harun telah memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi.

Pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berikutan kematian penyandangnya, Vui Keong.

Oleh yang demikian, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangaka kerusi Parlimen kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan.

Mendiang yang berusia 60 tahun, merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undng dan Parlimen). – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button