Politik

BN tanding 191 kerusi Parlimen di PRU15 ini

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding di 191 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain UMNO dan parti komponen BN yang lain termasuk parti politik dari Friends of BN juga akan mendapat peluang bertanding di bawah gabungan itu buat kali pertama, kata Zahid.

“Kami tidak akan pernah lupa melupakan calon-calon yang datang dari Friends of BN,” katanya dalam mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Bagan Datuk, Perak seperti dilaporkan FMT hari ini.

Beliau berkata, ini pertama kali BN bagi peluang kepada calon-calon Friends of Barisan Nasional bertanding di bawah lambang BN.

Untuk makluman, Friends of BN dianggotai Parti Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM). – SM


(Visited 205 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button