NasionalUncategorized

Trafik lebuh raya mula perlahan sempena cuti Deepavali

ALIRAN trafik di beberapa lebuhraya utama mulai perlahan setakat pukul 8.30 pagi tadi berikutan cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan aliran trafik perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

“Trafik turut perlahan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sebelum Terowong Genting Sempah menghala ke arah timur,” menurut LLM.

LLM memaklumkan terdapat kemalangan berlaku kira-kira  pukul 7.45 pagi tadi di KM155.8 arah selatan dari Bukit Gambir ke Pagoh, Johor.

Kerja pengalihan sedang dilakukan dengan lorong kiri ditutup menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer.

Trafik turut perlahan dari Rawang Selatan ke Rawang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah dan Tapah ke Gopeng.

Di Lembah Klang, LLM memaklumkan aliran trafik masih lancar di kebanyakan lebuh raya bertol termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan sekitar Plaza Tol Sungai Besi. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button