Jenayah

Ramai pegawai kerajaan di Putrajaya tidak cerdik, kecam sekatan jalan raya

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador melahirkan rasa kesal selepas sekatan jalan raya di Putrajaya bagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan turut dikritik oleh pegawai kerajaan.

Tegasnya masih ramai yang tidak cerdik di situ sehingga isu sekatan jalan raya di Putrajaya turut di bawa ke dalam mesyuarat.

“Yang saya sedih dalam mesyuarat dibangkitkan mengapa polis diraja Malaysia mendirikan roadblock di Putrajaya, apa kena mengena Putrajaya dengan mendirikan roadblock.

“Datang daripada dalam, bukan daripad orang ramai, daripada orang yang sepatutnya faham tentang perlunya sekatan jalan raya itu didirikan atas arakan Majlis Keselamatan Negara

“Di sini saya ingin kongsikan masih ramai lagi tidak cerdik, mengecam tanpa usul periksa mengapa PDRM sengaja menyusahkan orang mendirikan sekatan dekat Putrajaya. Bagi orang yang tidak cerdik ini saya ingatkan baca balik arahan Majlis Keselamatan Negara itu, sebelum nak kutuk PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hari ini. Abdul Hamid mengingatkan pihak tersebut supaya tidak mempersendakan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis.

Menurutnya, ramai tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh anggota polis yang terpaksa bertugas di lokasi sekatan jalan raya.

“Anak buah saya duduk di sekatan jalan raya, ada yang prihatin tak. Bukan seronok duduk kat situ pun. Satu hari, satu shift, 8 jam itu RM7 elaun yang diberikan untuk berdiri, lepas itu dikutuk oleh orang bila berlaku kesesakan.

“Sekiranya ditahan satu kereta dengan dua soalan sahaja ‘dari mana, ada bawa surat kebenaran?. Kalau satu kereta lima saat, 100 kereta berjangkit panjang. Jadi bagi budi bicara kita berikan laluan. Kita tengok muka baik menggunakan firasat kita beri lalu. Tetapi selepas waktu puncak akan diketatkan.

“Kalau ada pegawai kerajaan yang tak faham, yang tak cerdik ini tadi datang jumpa saya, saya nak ajar dia orang. Kenapa kita buat begitu, jangan pandai-pandai nak buat aduan, kritik sahaja. Orang ramai ini saya faham, tapi kalau datang dari dalam, menteri sendiri… jadi faham-fahamlah, hari-hari bermesyuarat, balik-balik kisah kesesakan dia nak jadi juara, membela orang ramai, lepas tu salahkan kami,” kata Abdul Hamid kesal.

Sementara itu menurutnya, Polis Diraja Malaysia telah membekukan cuti keseluruhan anggota, Pihaknya akan memberikan tumpuan terhadap sekatan jalan raya bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan pergerakan antara negeri.

PDRM boleh menggerakkan 46,000 anggota pada satu-satu masa dengan 12,000 lagi anggota sebagai bersedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

“Disamping itu ada Angkatan Tentera Malaysia, Rela, Angkatan Pertahanan Awam. Kita yakin sekiranya keadaan diperlukan, walaupun PKP tidak diistiyharkan tetapi kita akan laksanakan tindakan mengetat seolah-olah PKP dilaksanakan.

“Jangan timbul lagi kecaman-kecaman kepada saya kerana kesesakan jalan raya. Saya dikecam, PDRM dikecam kerana dikatakan bahawa kita sengaja, tindakan kita tidak profesional hingga menyebabkan jam empat, lima kilometer,” katanya.-SM

 

 

(Visited 647 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button