BeritaNasional

Raja Perempuan Perlis terima mengadap CEO Western Digital

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Western Digital, Mike Cordano di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi semalam.

Cordano diiringi Naib Presiden Kanan bagi Pengoperasian Globalbya Sean Hunkler diperkenalkan kepada baginda oleh Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Sokongan Operasi Western Digital (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Syed Hussain Al Junid.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Cordano dan Hunkler akan berada di Malaysia selama dua hari dalam rangka lawatan kerja ke beberapa buah negara di rantau ini.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button