Nasionalpilihan

Pembekal internet bakal berdepan tindakan jika gagal beri perkhidmatan berkualiti – MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengambil tindakan kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan internet sekiranya mereka gagal menyediakan perkhidmatan internet yang berkualiti.

Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin, berkata ini adalah pendekatan yang agresif untuk memastikan penyedia perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

“Pada masa yang sama, pengguna akan dapat menikmati ‘pengalaman berkualiti’ yang dijanjikan oleh perkhidmatan 4G ini,” kata Zulkarnain dalam satu program berita tempatan semalam.

Beliau berkata pembekal yang didapati gagal menunaikan apa yang dijanjikan dalam perkhidmatan itu boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suruhanjaya sebelum ini menerima arahan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk menjalankan audit perkhidmatan rangkaian di semua kawasan setiap negeri.

“Setakat ini kita telah menjalankan audit atau pemeriksaan dengan melihat dari segi liputan dan kelajuan internet. Pada masa sama, kita telah mengeluarkan arahan kepada mereka (penyedia perkhidmatan internet) untuk mengambil tindakan menambah baik perkhidmatan,” katanya.

K-KOMM sebelum ini telah mengarahkan MCMC untuk melaksanakan pemetaan di seluruh negara, untuk mengukur tahap sebenar kelajuan internet dan membandingkan laporan syarikat telekomunikasi. – SM

Baca artikel ini > Mohamad Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Interim SKMM baharu

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button