Politik

BN boleh menang majoriti dua pertiga – Shahidan Kassim

Wartawan Suara Merdeka

MUAR 4 Mac – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Barisan Nasional (BN) mampu
mengembalikan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, rakyat di negeri ini tidak lagi rela diperintah oleh Pakatan Harapan (PH) yang sudah merasai
pengalaman pahit sepanjang 22 bulan parti tersebut menguasai kerajaan dan beberapa buah negeri.

Beliau berkata, walaupun hanya enam bulan kerajaan Johor diperintah oleh BN namun rakyat masih berharap
untuk kita terus diberi mandat apabila seluruh rakyat keluar mengundi pada 12 Mac ini.

“Insyallah, BN dijangka menang dengan majoriti dua pertiga serta kembali dapat membentuk kerajaan semula
di Johor.

“Saya lihat sebahagian besar calon-calon yang dikemukakan oleh BN diterima rakyat malah lebih penting
pengundi muda pula mahu BN terus diberi mandat,” ujarnya ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan BN
DUN Simpang Jeram di sini.

Yang turut hadir calon BN, Datuk Lokman Md. Don dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Sazali Md.
Din.

DUN Simpang Jeram menyaksikan saingan empat penjuru selain Lokman, turut bertanding ialah Ustaz Zarul
Salleh daripada Perikatan Nasional (PN), penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayob (PH), dan Mahaizal Mahmor
(Pejuang).

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan keyakinan beliau terhadap BN berdasarkan gerak jentera parti di 56 DUN yang ditandingi berjalan lancar.

“Kalau kita tingkatkan pergerakan jentera parti dan menemui seramai mungkin pengundi tidak mustahil
calon-calon BN boleh menang besar,” ujarnya.

Mengenai pengundi muda kata Shahidan, beliau tidak menolak golongan tersebut percaya dengan kepimpinan BN
kerana mampu memberi perlindungan dan masa hadapan kepada mereka.

Malah kata beliau, pengundi muda lebih selesa melihat prestasi BN yang sentiasa bergerak ke hadapan dalam
memberi pembelaan kepada rakyat.

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button