Berita Gajet

Manfaatkan platform digital untuk tingkat kualiti hidup

Tahun 2021 yang baru kita tinggalkan telah memperlihatkan bahawa peralihan ke arah digitalisasi menjadi sesuatu yang begitu penting.

Digitalisasi menjadi satu ruang untuk masyarakat terus berhubung walaupun menghadapi bencana seperti pandemik dan banjir selain memberi peluang kepada mereka yang terjejas untuk mendapatkan pendapatan melalui platform digitalisasi.

Masyarakat kini juga didapati sudahpun dan semakin berani menggunakan pendekatan dalam talian sebagai medium untuk mencari rezeki dan memudahkan segala urusan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni asnaf Ahmad Hamid, 71 tahun yang tinggal di Padang Katong, Kangar baru-baru ini bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Ahmad yang kini tinggal bersama keluarga merupakan penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda menambah bahawa baginda gembira kerana oleh kerana sistem komunikasi digital semakin meluas digunakan, ianya secara langsung mahupun tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan kekesanan perkhidmatan digital di kalangan rakyat.

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button