PolitikPRK
Trending

BN berdepan penguat kuasa SPR tidak telus

BUKAN sahaja perlu menyaingi jentera kerajaan Parti Warisan di Kimanis, Barisan Nasional (BN) bahkan terpaksa menghadapi cabaran luar biasa berdepan agensi penguat kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak telus.

Bercakap kepada Suara Merdeka di Papar hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menggesa SPR supaya menjalankan penguatkuasaan yang adil tanpa membeza-bezakan tindakan dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK).

“Contoh kes majlis-majlis dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri, malah Parti Warisan sendiri seperti cabutan bertuah yang nyata dan jelas melanggar peraturan perjalanan pilihan raya.

“Ini tidak baik, tak bolehlah SPR bertindak seperti di PRK Tanjung Piai iaitu kerajaan buat (menyalahi peraturan) okey, di sini (Kimanis) tak boleh, di (PRK) Semenyih tak boleh, di Kimanis boleh.

“Jika SPR tak berfungsi dengan baik, ini suatu yang janggal dan menjadi cabaran kepada pembangkang (BN),” kata beliau.

Masyarakat tempatan pada 5 Januari lalu dikejutkan dengan berita bergambar apabila sekurang-kurangnya 50 buah motosikal dan barangan berharga lainnya dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah sempena sambutan Krismas di Pekan Membakut anjuran Parti Warisan.

Ia kemudian mengundang kritikan pembangkang yang mempersoalkan mengapa majlis tersebut tidak dibuat sebulan dua sebelum PRK Kimanis.

Parti Warisan mempertaruhkan calonnya, Datuk Karim Bujang menentang satu lawan satu dengan Datuk Mohamad Alamin dari BN.
-SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button