Nasionalpilihan

Masalah anggota Persatuan Polis Diraja Malaysia akan diselesaikan – PM

Masalah ketiadaan badan perunding utama bagi menyelaras dan mengkaji kebajikan ahli Persatuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpotensi untuk diselesaikan sekiranya Kerajaan hari ini terus memerintah.

Hal ini demikian kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebajikan pasukan beruniform tanah air dan para pesara sepatutnya adalah selaras.

“Saya difahamkan bahawa Tabung Wang Amanah Pencen (TWAP) tidak dapat menampung secara konsisten
bayaran bantuan kepada para bekas polis negara.

“Saya memberi komitmen bahawa jika Kerajaan hari ini akan terus memimpin negara, saya akan mengarahkan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengkaji perkara ini agar kepentingan pihak persatuan polis akan terus dibela,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Polis Negeri Pahang di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis (IPD) Bera.

Terdahulu, Kerajaan terus memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan Awam (MINDEF).

Kedua-duanya diperuntukkan sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion menerusi Bajet 2023 dan Perdana Menteri berpendapat PDRM harus dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Pasukan keselamatan khususnya PDRM memerlukan jentera pentadbiran dan operasi yang kukuh
bagi mengekalkan keharmonian Keluarga Malaysia yang dilihat semakin mencabar dan dinamik,” katanya.

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button