Nasional

Blog interaktif bantu pembelajaran Bahasa Sepanyol

E-Pembelajaran dalam kalangan pelajar universiti menjadi satu kaedah pembelajaran yang sangat efektif dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih fleksibel untuk mempelajari bahasa asing.

Inovasi Dr Mariyati memenangi pingat emas sempena K -NOVASI Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2019.

Selain pembelajaran di dalam kelas, pensyarah menggunakan e-pembelajaran sebagai salah satu (SLT) Self Learning Time membantu pelajar belajar di luar kelas.

Justeru, pensyarah kanan bahasa Sepanyol di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Mariyati Mohd Nor membangunkan inovasi menerusi blog interaktif sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu pelajar belajar bahasa ini di luar kelas secara atas talian.

“Penerimaan e-pembelajaran bukan sahaja mampu menukar cara pengajaran dan pembelajaran secara tradisional bahkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran memberi impak dan persekitaran yang lebih efektif dan fleksibel, “katanya.

 

Blog pembelajaran yang dibangunkan berdasarkan silibus rancangan pengajaran Bahasa Sepanyol UPSI itu mencakupi semua topik yang diajar di dalam kelas dihuraikan secara deskriptif dan setiap topik akan disertakan dengan aktiviti dan latihan bahasa untuk dibuat oleh pelajar .

Beliau berkata pelajar juga boleh berinteraksi dengan pensyarah pada ruangan komen yang terdapat pada setiap entri dan juga dengan rakan-rakan, malah blog itu meenjadi dimensi baharu untuk pensyarah dan pelajar membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera.

Dr Mariyati memegang pingat emas yang dimenangi sempena Carnival of Research and Innovation (CRI 2021) Virtual International Edition anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Katanya, pelajar juga dapat mengakses blog pembelajaran ini menggunakan komputer, laptop, telefon bimbit untuk belajar dan menyiapkan tugasan seperti yang diarahkan oleh pensyarah atau guru di dalam blog.

Kaedah pembelajaran bahasa Sepanyol menerusi blog, katanya, dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar sebagai sumber belajar alternatif selain di dalam kelas.

“Saya membina model pembelajaran berdasarkan silibus yang diajar di dalam kelas meliputi perencanaan pembelajaran, perlaksanaan pembelajaran, evaluasi serta pentaksiran yang boleh membantu pelajar mempelajari bahasa Sepanyol di mana sahaja dengan mudah,” katanya.

“Penggunaan blog ini dapat meningkatkan budaya membaca dan menulis pelajar dibandingkan dengan kaedah tradisional kerana ia lebih menarik berdasarkan idea pensyarah sendiri melalui video, gambar-gambar dan menarik minat pelajar untuk membaca dan menjawab soalan yang ditanya di ruangan komen.

Video pembelajaran bahasa Sepanyol yang dikendalikan Dr Mariyati.

Selain itu, pelajar juga boleh mengajukan soalan dan berbincang di dalam ruangan komen dan perkara ini dapat didiskusikan di dalam kelas.

Maryati berkata pelajar bahasa Sepanyol berpeluang menggunakan blog untuk menulis serta merealisasikan imaginasi mereka apabila dimasukkan ke dalam buku rujukan pelajar secara quick link (QR Code) dan pelajar dapat memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran dengan efektif.

“Blog pembelajaran Bahasa Sepanyol ini juga telah berjaya memenangi dua pingat emas dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dalam kategori E- Pembelajaran/Bahan bantu mengajar.

Inovasi Dr Mariyati memenangi pingat emas sempena Carnival of Research and Innovation (CRI 2021) Virtual International Edition, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 2021, manakala K -NOVASI Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2019.

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button